Pilihan Ijazah dan Diploma Universiti Australia

TAFE

Program TAFE (Pendidikan Teknikal dan Lanjutan) menyediakan kelayakan berkaitan pekerjaan yang disahkan di bawah Rangka Kerja Kelayakan Australia (AQF) untuk latihan praktikal dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Kelayakan TAFE terdiri daripada Sijil 1 hingga 4 sehinggalah Diploma dan Diploma Lanjutan.

Kelayakan TAFE di peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan diiktiraf untuk kredit bagi pengajian ijazah.

Diploma dan Diploma Lanjutan TAFE

Program Diploma dan Diploma Lanjutan di Australia mengajar teori dan kemahiran praktikal dalam pelbagai fungsi teknikal dan/atau pengurusan.

  • Kebiasaannya, tiada kelayakan diploma universiti Australia terdahulu dikehendaki sebagai keperluan kemasukan, selain kemahiran Bahasa Inggeris.
  • Terdapat beberapa kursus di universiti Australia yang mungkin perlu mendemonstrasikan pengalaman kerja atau subjek prasyarat.

Ijazah Bersekutu (2 tahun)

Program ijazah bersekutu mengikut tahun 12 atau yang setara, atau Sijil III atau IV
Inilah kelayakan pendidikan tinggi jangka pendek yang menawarkan pintu keluar di peringkat sub-ijazah, atau haluan yang lancar untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda.

Siswa - Ijazah Sarjana Muda (3, 4 atau 5 tahun)

Program ijazah sarjana muda menyediakan anda untuk kerjaya profesional dan/atau pengajian lepasan ijazah. Program yang ditawarkan di Australia termasuk ijazah profesional, ijazah berkembar, ijazah pra-siswazah dan ijazah Kepujian.

  • Kemasukan memerlukan Sijil Pendidikan Menengah Senior (Tahun 12) atau luar negara yang setara. Sementara itu, Diploma Lanjutan boleh dijadikan tiket masuk ke kebanyakan Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dan juga boleh dijadikan pengiktirafan kredit.
  • Kebiasaannya, tempoh program ialah selama tiga hingga empat tahun di universiti.
  • Ijazah Kepujian akan dianugerahkan selepas menambah satu tahun untuk penyelidikan.

Lepasan Ijazah - Ijazah Sarjana

Dalam program Sarjana, pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran lanjutan dan dalam bidang pengajian atau jurusan amalan profesional Program termasuk kerja kursus program Sarjana, program Sarjana profesional dan program Sarjana penyelidikan.

  • Sarjana kerja kursus: terdiri daripada kerja kursus, kerja projek dan penyelidikan. Pelajar mesti tamat ijazah Sarjana Muda atau diploma Siswazah.
  • Sarjana Profesional: melibatkan projek berasaskan kerja. Pelajar mesti memiliki kelayakan dan pengalaman profesional yang berkaitan.
  • Sarjana Penyelidikan: terdiri daripada penyelidikan dan tesis. Pelajar mesti tamat ijazah Sarjana Muda, tahun awal Sarjana, Diploma Siswazah atau pengalaman penyelidikan yang setara.
  • Kebanyakan program MBA menghendaki pelajar tamat ijazah Sarjana Muda dan memiliki pengalaman bekerja.
  • Kebiasaannya, tempoh program ialah selama dua tahun di universiti.

Lepasan Ijazah - Ijazah Kedoktoran

Ijazah Kedoktoran ialah ijazah tertinggi yang diberikan oleh universiti Australia.
Meskipun ijazah ini ialah ijazah penyelidikan, sesetengah program mungkin mengandungi komponen kerja kursus.

Apakah yang harus saya pilih - Program Sijil, Diploma atau Ijazah?

Di TAFE, anda mengikuti pengajian tinggi Australia untuk memperoleh sijil pelbagai peringkat, diploma atau diploma siswazah Setiap kelayakan ini ada tempoh kursus yang tertentu, hasil pembelajaran yang berbeza-beza dan tahap pengiktirafan industri yang berlainan.

Di universiti, anda belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana muda atau kelayakan lepasan ijazah yang menyediakan pendidikan yang luas, seperti Sarjana Muda Perniagaan, atau kelayakan profesional yang tertentu, seperti Sarjana Muda Pendidikan (Rendah).

Meskipun Rangka Kerja Kelayakan Australia (AQF) meletakkan taraf ijazah sarjana muda dan sarjana lebih tinggi daripada kelayakan TAFE, bidang kerjaya yang berlainan memerlukan tahap latihan yang berbeza. Oleh hal itu, pilihan kerjaya anda akan menentukan kelayakan yang terbaik untuk anda.

Kesimpulannya: Jika anda memerlukan Sijil, Diploma atau Diploma Lanjutan untuk kerjaya masa depan anda, anda boleh memasuki institut TAFE. Jika anda mahukan ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana untuk kerjaya masa depan anda, anda mesti belajar di universiti. Nota: Ada keadaannya kredit kursus TAFE boleh digunakan untuk mengikuti kursus di universiti.