Pilihan Ijazah dan Diploma Universiti Eropah

Program Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran

Pendidikan tinggi di Eropah adalah berdasarkan struktur ijazah "LMD" yang merujuk kepada Lesen (bersamaan ijazah Sarjana Muda bagi Perancis), Sarjana dan Kedoktoran.
Sistem LMD kini digunakan di seluruh Kesatuan Eropah (EU) dan membolehkan anda memindahkan kredit diploma universiti Eropah dan menetapkan kesetaraan ijazah di antara satu universiti atau sistem pendidikan tinggi nasional dengan yang lain.
Sistem ini telah direka untuk memudahkan pergerakan pelajar antarabangsa di dalam EU dan di seluruh dunia.

Pengajian tinggiEropah, terutamanya di universiti awam, disusun dalam tiga peringkat asas, yang setiap satunya berkait dengan beberapa bilangan kredit ECTS (Sistem Pemindahan Kredit Eropah).

  • Lesen/Sarjana Muda: jumlah pengajian selama 3-4 tahun (180 – 240 ECTS)
  • Sarjana: jumlah pengajian selama 5 tahun (tambahan 1-2 tahun atau 90-120 ECTS selepas selesai Sarjana Muda)
  • Kedoktoran: jumlah pengajian selama 8 tahun yang meliputi pengajian dan penyelidikan (3 tahun tambahan selepas tamat Sarjana)

Di dalam Kesatuan Eropah, pengiktirafan ijazah antarabangsa bergantung pada sistem kredit akademik sepunya/biasa? yang dipanggil kredit ECTS. Kredit ECTS boleh dihimpun dan boleh dipindahkan. Apabila anda memindahkan kredit dari sebuah institusi Eropah kepada sebuah institusi Eropah yang lain, anda tetap menerima kredit untuk kerja yang telah anda lakukan.

Kepelbagaian ijazah sarjana muda dan sarjana menjadi kelebihan utama sistem Eropah ini.
Setiap ijazah universiti Eropah dikaitkan dengan pengajian kursus yang ditakrifkan dengan teliti. Oleh itu suatu ijazah dari Institut Pengajian Tinggi Eropah memberi keterangan yang jelas tentang apa yang telah anda pelajari dan bagaimana anda dapat berkhidmat dalam tenaga kerja kelak.

Gambaran Keseluruhan Ijazah Pendidikan Tinggi di Eropah

Selain ijazah Lesen/Sarjana Muda, Sarjana dan kedoktoran biasa, terdapat juga program ijazah vokasional dan teknikal, program ijazah yang diajar dalam Bahasa Inggeris, program Sarjana dwi ijazah dan usaha sama multinasional, selain program pertukaran dan belajar di luar negara yang ditawarkan dengan kerjasama rakan kongsi universiti dan organisasi di Amerika Syarikat.

Carta di bawah menunjukkan gambaran keseluruhan ringkas tentang pelbagai ijazah pendidikan tinggi yang dianugerahkan oleh institusi pendidikan tinggi di Eropah, terhasil daripada Pengisytiharan Bologna. Bilangan tahun yang disenaraikan bagi setiap ijazah dalam carta tersebut adalah berdasarkan bilangan tahun yang perlu dilengkapkan selepas tamat sekolah tinggi (kebiasaannya 12 tahun).

European Degree Chart