Pilih dan cari Universiti di Australia yang tepat dengan ELS

ELS dapat membantu anda mencari universiti di Australia yang tepat sedang anda berada di negara asal anda melalui  alat carian kami dan Ejen Penasihat bertauliah ELS tempatan.

Terdapat banyak faktor yang mesti dipertimbangkan apabila memilih universiti yang tepat. Matlamat kami adalah untuk membantu anda mencari universiti dan institusi lain yang paling padan dengan latar akademik, matlamat pendidikan dan pencapaian peribadi anda.

Australia mempunyai pelbagai jenis institusi pasca menengah di pelbagai lokasi, program dan standard kemasukan dan penerimaan. Anda mempunyai banyak pilihan untuk dipertimbangkan apabila hendak memutus bidang dan tempat pengajian tinggi di Australia. Ejen Penasihat ELS tempatan akan membantu anda berhubung kemasukan ke kolej/universiti yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Pilihan pengajian pasca menengah di Australia

Pendidikan pasca menengah di Australia dibahagi kepada dua aliran: Pendidikan Tinggi dan Pendidikan Vokasional dan Latihan (VET).

Sektor Pendidikan Tinggi termasuk universiti dan institusi lain yang ditauliahkan untuk menyediakan sijil ijazah dan lepasan ijazah. Institusi Pendidikan Teknikal dan Lanjutan milik Kerajaan (TAFE) serta penyedia latihan berdaftar adalah sebahagian sektor VET dan mengeluarkan Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Reputasi Australia terkenal mantap dari segi kecemerlangan dan kualiti merangkumi kedua-dua sektor pendidikan tinggi dan VET. Kerajaan Australia memiliki himpunan kelayakan bertaraf nasional dan menyokong kelancaran haluan antara kelayakan.
Justeru, pembentukan haluan formal yang boleh meliputi pengaturan pemindahan kredit, membolehkan pelajar beralih dengan lancar di antara dua aliran.

Pendidikan Tinggi

Kurikulum kursus pendidikan tinggi diasaskan pada pengetahuan dan pemahaman bahan pelajaran dan kursus biasanya ditawarkan oleh universiti dan penyedia pendidikan tinggi yang ditauliahkan.

Kemasukan ke kursus pendidikan tinggi di Australia amat kompetitif dan mesti memiliki kemahiran bahasa Inggeris yang tinggi untuk pengajian ijazah dan lepasan ijazah.

Setiap penyedia pendidikan mempunyai keperluan kemasukan yang berbeza-beza, maka mustahak untuk anda menghubungi  Ejen Penasihat ELS tempatan yang akan membantu anda dengan maklumat dan proses kemasukan.

Kelayakan pendidikan tinggi termasuk:

Siswa

  • Ijazah sarjana muda: Memerlukan minimum enam semester pengajian sepenuh masa. Kemasukan biasanya perlu selesai Sijil Pendidikan Sekolah Menengah Australia (Tahun 12) atau dari luar negara yang setara, atau diploma/diploma lanjutan dari sektor VET.

Lepasan ijazah

  • Sarjana kerja kursus: terdiri daripada gabungan kerja kursus, kerja projek dan penyelidikan. Kemasukan biasanya lulus ijazah sarjana muda, ijazah sarjana muda (Kepujian) atau diploma siswazah.
  • Sarjana penyelidikan: terdiri daripada sekurang-kurangnya 2/3 penyelidikan dengan tesis. Kemasukan biasanya memerlukan ijazah sarjana muda (Kepujian) atau sarjana tahun awal, diploma siswazah atau pengalaman penyelidikan yang setara.
  • Sarjana Profesional: boleh terdiri daripada projek berasakan kerja. Kemasukan memerlukan kelayakan yang berkaitan dan pengalaman profesional, atau pengalaman profesional berkaitan yang meluas.,
  • Kedoktoran penyelidikan.
  • Kedoktoran profesional.

Pendidikan dan Latihan Vokasional (VET)

Sektor VET memberi tumpuan untuk menyediakan para pelajar dengan kemahiran serta pengetahuan yang sedia digunakan untuk bekerja. Kebanyakan kursus VET adalah sebahagian pakej latihan peringkat nasional, yakni sering dikemas kini berikutan rundingan dengan badan industri yang berkaitan. Kursus VET meliputi serangkaian luas subjek dan bidang pekerjaan daripada urus niaga tradisional sehingga industri kreatif dan mempunyai kelebihan berasas kecekapan yang bermakna anda memperoleh kelayakan apabila anda mencapai tahap kemahiran yang diperlukan melalui pengalaman kuliah di Australia.

Kelayakan VET termasuk:

  • Kursus Sijil I–IV yang direka untuk memberi pengenalan kepada kemahiran dan latihan. Sijil ini memberi pengetahuan khusus industri dan kemahiran dalam komunikasi, penyertaan, celik huruf dan angka serta kerja berpasukan. Tempohnya berkisar dari beberapa minggu sehingga enam bulan atau lebih.
  • Kursus Diploma yang menyediakan para pelajar untuk kerjaya industri, perusahaan dan para profesional. Sesetengah kursus diploma boleh ditamatkan di peringkat universiti selain di institusi TAFE. Pengajian diploma mesti melalui kursus sepenuh masa 18 hingga 24 bulan
  • Kursus diploma lanjutan menyediakan kemahiran praktikal bertaraf tinggi untuk pekerjaan dalam bidang kerjaya tertentu seperti perakaunan, seni bina bangunan atau kejuruteraan. Sesetengah kursus diploma lanjutan juga boleh ditamatkan di peringkat universiti. Tempoh untuk diploma lanjutan berbeza-beza antara 24 hingga 36 bulan.
  • Sijil/diploma siswazah vokasional adalah setara dengan sijil atau diploma siswazah pendidikan tinggi. Kelayakan ini menyediakan kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan pekerjaan peringkat tinggi. Pengajian untuk sijil siswazah biasanya selama enam bulan sepenuh masa dan pengajian diploma siswazah pula selama satu tahun sepenuh masa.
  • Terdapat beberapa Diploma Siswazah Vokasional yang ditawarkan oleh universiti.