Cari universiti Eropah yang tepat

ELS dapat membantu anda mencari universiti di Eropah yang tepat sedang anda berada di negara asal anda melaluialat carian kami dan Ejen Penasihat bertauliah ELS tempatan.

Terdapat banyak faktor yang mesti dipertimbangkan apabila anda mahu memilih universiti yang tepat. Matlamat kami adalah untuk membantu anda mencari universiti Eropah yang paling sesuai dengan latar akademik, matlamat pendidikan dan pencapaian peribadi anda. Kami akan membantu anda mendapatkan kemasukan bersyarat untuk pengajian tinggi di Eropah sebelum anda meninggalkan tanah air anda.

Anda boleh memohon kemasukan ke kolej/universiti di Eropah, yang mana setiap institusi menggunakan pelbagai tahap pemilihan dan standard kemasukan. Institusi di Eropah mempunyai kepelbagaian yang unik. Meskipun kebanyakan universiti ialah universiti awam, kedua-dua institusi awam dan swasta memiliki bilangan pelajar, jenis ijazah, kos dan lokasi yang berbeza-beza. Banyak universiti di Eropah menawarkan yuran tuisyen yang sama kepada pelajar antarabangsa seperti kepada pelajar tempatan.

Mulakan dengan mencari maklumat tentang  Pilihan Ijazah, dan Jenis Institusi yang memenuhi keperluan anda.