Mengapa Belajar di Kanada?

Pelajar memilih Kanada kerana sistem pendidikan antarabangsanya yang bagus serta kukuh dan ini menjadi asas kepada masa depan mereka yang menyeronokkan serta berjaya. Keputusan ini disokong oleh beberapa faktor utama iaitu kualiti, dalam kemampuan dan peluang penyelidikan yang terkenal. Kampus universiti yang terdapat di seluruh Kanada menawarkan persekitaran berbilang budaya, kawasan yang indah dan masyarakat yang peramah.

Sebagai pelopor dalam jurusan perniagaan, diplomasi politik, teknologi, seni dan budaya, sistem pendidikan Kanada ialah teras kepada kejayaannya dan para graduannya ialah pemain di peringkat dunia.

Menurut Sistem Maklumat Pelajar Pasca Menengah (PSIS), 4% daripada bilangan semua pelajar yang mendaftar di universiti Kanada pada tahun 1992 terdiri daripada pelajar antarabangsa. Pada tahun 2008, bilangan ini meningkat 2 kali, iaitu mencecah 8% bilangan semua pelajar universiti di Kanada. Perubahan ini disebabkan peningkatan dalam bilangan keseluruhan pelajar antarabangsa di universiti di Kanada daripada 36,822 pada 1992 kepada 87,798 pada 2008.

Secara keseluruhan, bilangan pelajar yang mendaftar pengajian tinggi di Kanada seperti program ijazah kedoktoran dan sarjana telah menurun. Secara perbandingan, peratusan yang mendaftar dalam program peringkat sarjana muda meningkat daripada 55% pada tahun 1992 kepada 67% pada tahun 2008. Pada tahun 1992, pelajar dari rantau Asia meliputi 49.8% pelajar antarabangsa dan mencecah 52.7% pada tahun 2008. Bilangan kumpulan pelajar yang kedua terbesar adalah dari benua Eropah yang merangkumi 16.3% pada tahun 1992 dan 17.9% pada tahun 2008.

Semasa mengikuti pengajian tinggi di universiti atau kolej rakan kongsi kami di Kanada, pelajar mungkin layak mendapatkan permit kerja separuh masa di luar kampus. Sebaik selesai program mereka, mereka mungkin layak untuk mendapatkan permit bekerja lepasan ijazah sehingga tiga tahun.

Universiti dan kolej di Kanada menawarkan program yang meliputi seni halus, biologi, perdagangan, astronomi, kajian media dan agama. Pada masa ini, universiti dan kolej universiti ini menawarkan lebih 10,000 program ijazah sarjana muda dan sarjana, kursus profesional dan sijil.