Privasi

Privasi


Di ELS, kami menghormati pelanggan kami dan memahami bahawa anda mengambil berat mengenai privasi. Oleh itu, ELS Educational Services, Inc. (“ELS”) telah menubuhkan dasar-dasar yang bertujuan untuk memastikan maklumat peribadi anda diuruskan dengan selamat dan bertanggungjawab. Kami telah mengeluarkan Dasar Privasi ini untuk memaklumkan anda maklumat apakah yang kami kumpul, bagaimana ia diuruskan dan dengan siapa ia akan dikongsikan.

Sementara kami terus membangunkan lama web kami, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, sebarang laman web atau URL kami yang kami telah hubungkan kepada Dasar Privasi ini (secara kolektif “laman web”), dan menggunakan kelebihan teknologi untuk meningkatkan perkhidmatan yang kami tawarkan, Dasar ini mungkin akan berubah. Kami menggalakkan anda untuk merujuk Dasar ini secara berkala, supaya anda memahami Dasar Privasi semasa kami.

Jika anda merupakan bekas pekerja atau pekerja ELS yang tinggal di Kesatuan Eropah atau Kawasan Ekonomi Eropah, sila lihat bahagian di bawah pada “Maklumat Diterima daripada Kesatuan Eropah atau Kawasan Ekonomi Eropah.”

Apakah Maklumat Yang Kami Kumpulkan?

   a) Maklumat Peribadi

Kami mengumpulkan pelbagai jenis “maklumat peribadi” bergantung pada bagaimana anda menggunakan laman web kami, seperti:

  • Apabila anda membuat pesanan daripada kami, kami mengumpulkan nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, dan nombor kad kredit anda dengan tarikh tamat tempoh.
  • Apabila anda membuat pesanan daripada kami, kami mungkin menyimpan rekod maklumat akaun dan pembelian anda.
  • Apabila anda menyertai cabutan bertuah atau peraduan dalam talian, kami biasanya mengumpulkan nama, alamat, alamat e-mel, dan nombor telefon anda. Kami juga mungkin meminta maklumat tambahan daripada anda, seperti umur, minat, pilihan produk, atau poskod anda.
  • Apabila anda menghantar pertanyaan, kami perlukan nama, alamat e-mel dan poskod anda untuk memberi maklum balas.

Anda akan sentiasa mengetahui bila kami mengumpulkan maklumat peribadi apabila anda secara sukarela memberikannya kepada kami. Jika anda memilih untuk memberikan maklumat peribadi kepada kami melalui laman web, kami akan mengekalkan maklumat tersebut, serta anda memberi kebenaran kepada pemindahan dan penyimpanan maklumat tersebut dalam pelayan kami. Jika anda memilih untuk tidak memberikan maklumat peribadi kepada kami, kami mungkin tidak dapat menyediakan anda dengan sebarang perkhidmatan yang anda minta atau perlukan.

   b) Maklumat Bukan Peribadi

Apabila anda menggunakan laman web kami, kami mungkin juga mengumpulkan "maklumat bukan peribadi," yang mana adalah maklumat, secara sendirinya, tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti atau menghubungi anda, seperti maklumat demografik (seperti umur, jantina, pendapatan, pelajaran, pekerjaan, poskod anda, dan lain-lain lagi) atau maklumat teknikal (seperti alamat IP anda, jenis pelayar yang anda gunakan). Maklumat bukan peribadi mungkin juga termasuk maklumat yang anda berikan, seperti istilah yang anda masukkan ke dalam fungsi carian dalam laman web kami.

   c) Kuki dan Teknologi Seumpamanya

Apabila anda melayari atau berinteraksi dengan laman web atau perkhidmatan kami, kami atau pembekal perkhidmatan kami yang sah mungkin menggunakan kuki, gif yang jelas, fail log, kuki flash atau teknologi seumpamanya untuk kefungsian perkhidmatan kami, untuk membantu kami meningkatkan prestasi kami, atau untuk memberikan anda kefungsian tambahan, semuanya dengan tujuan menyediakan anda pengalaman yang lebih baik.

Jenis teknologi pengesanan yang biasa (secara kolektif “kuki dan teknologi seumpamanya”) yang digunakan oleh ELS termasuklah:

Kuki: Satu bahagian kecil maklumat yang dihantar oleh laman web yang disimpan dalam memori pelayar komputer atau peranti anda. Ia menyimpan maklumat yang diperlukan oleh sesebuah laman untuk berinteraksi dengan anda dan menyesuaikan pengalaman anda. Di ELS, kami menggunakan dua jenis kuki: kuki sesi dan kuki berterusan.

Kuki sesi wujud hanya selama anda kekal dalam laman web ELS atau jika pelayar anda kekal terbuka. Sebaik saja anda keluar daripada pelayar anda atau laman web ELS, ia akan hilang. Kami menggunakan kuki sesi untuk mengekalkan maklumat yang kami perlukan untuk membolehkan anda membeli di laman web kami. Sebagai contoh, kuki ID Sesi yang kami minta pelayar anda simpan mengekalkan ID untuk permohonan dalam talian ke sebuah program ELS. Tanpa kuki ID Sesi, anda tidak boleh meneruskan permohonan anda ke Pembayaran.

Kuki berterusan, secara sebaliknya, kekal dari satu lawatan ke lawatan yang berikutnya. Ia disimpan dalam cache pelayar atau peranti anda sehingga anda memilih untuk memadamnya. Kami mungkin menggunakan kuki berterusan untuk memberi anda pengalaman lebih diperibadikan dan untuk membantu anda melayari laman web kami dengan berkesan.

Kuki boleh digunakan oleh laman web untuk mengenal pasti anda. Tetapi ia tidak semestinya sebarang maklumat peribadi disimpan dalam kuki ini. Di ELS, kami tidak menyimpan maklumat peribadi mengenai anda dalam kuki. Apa sahaja yang anda pilih untuk memaklumkan kepada kami mengenai diri anda (seperti alamat dan alamat e-mel anda) disimpan dalam pelayan selamat kami. Sila layari www.allaboutcookies.orguntuk maklumat lanjut mengenai kuki dan cara untuk melumpuhkannya.

Isyarat web: Imej grafik kecil (juga dikenali sebagai "tag piksel" atau "GIF jelas") yang mungkin dimasukkan dalam laman web, perkhidmatan, aplikasi, atau peralatan kami, yang biasanya berfungsi bersama dengan kuki untuk mengenal pasti pengguna dan kelakuan pengguna.

Teknologi seumpamanya: Teknologi yang menyimpan maklumat dalam pelayar atau peranti anda menggunakan objek yang dikongsi setempat atau storan setempat, seperti kuki flash, kuki HTML 5, dan kaedah perisian aplikasi web lain. Teknologi ini boleh beroperasi merentasi semua pelayar anda, dan dalam sesetengah keadaan mungkin tidak diuruskan sepenuhnya oleh pelayar anda dan mungkin memerlukan pengurusan secara langsung melalui aplikasi yang dipasang atau peranti anda. Kami tidak menggunakan teknologi ini untuk menyimpan maklumat untuk menyasarkan pengiklanan kepada anda di dalam atau luar laman web kami.

Pengumpulan data mudah alih: Aplikasi mudah alih MyELS dan laman web versi mudah alih kami mungkin menggunakan teknologi seperti kuki, kuki flash, isyarat web, tag analisis, fail log dan teknologi geo-lokasi untuk meningkatkan pengalaman anda. Kami mungkin meminta anda memberikan, atau membolehkan peranti mudah alih anda untuk memberikan, maklumat lokasi yang tepat. Sebagai contoh, jika anda menggunakan ciri Perancang Destinasi aplikasi MyELS untuk berkongsi lokasi dengan rakan dan keluarga, anda akan diminta untuk membenarkan MyELS untuk menggunakan lokasi semasa anda. Anda tidak perlu membenarkan MyELS untuk menggunakan lokasi semasa anda dan boleh memasukkan lokasi secara manual. Anda juga boleh menghalang penggunaan kami terhadap sesetengah data lokasi melalui tetapan peranti atau pelayar anda, sebagai contoh, dengan melumpuhkan “Perkhidmatan Lokasi” untuk aplikasi MyELS dalam tetapan iOS.

Penggunaan Kuki dan Teknologi Seumpamanya oleh Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga yang Sah

Kami mungkin bekerja dengan syarikat pihak ketiga, biasanya dikenali sebagai pembekal perkhidmatan, yang dibenarkan untuk meletakkan kuki dan teknologi seumpamanya dalam laman web kami dengan kebenaran kami. Pembekal perkhidmatan ini membantu kami untuk memberikan anda pengalaman yang lebih baik, lebih pantas dan lebih selamat.

Pembekal perkhidmatan kami mungkin menggunakan kuki dan teknologi seumpamanya untuk membantu kami menyampaikan kandungan kami sendiri dan pengiklanan, serta mengumpulkan metrik dan analitik laman secara tanpa nama. Kami tidak membenarkan mana-mana pembekal perkhidmatan ini untuk mengumpulkan maklumat peribadi anda dalam laman web kami untuk tujuan mereka sendiri. Kuki dan teknologi seumpamanya daripada pihak ketiga dilindungi oleh dasar privasi pihak ketiga.

Jangan Jejaki

Pada masa ini, ELS tidak bertindak balas kepada isyarat Jangan Jejaki dalam pelayar. Sementara kami mengumpulkan maklumat peribadi daripada anda seperti yang diterangkan lebih awal dalam Dasar Privasi ini, kami tidak mengumpulkan maklumat peribadi daripada anda untuk memantau aktiviti dalam talian anda merentasi laman web pihak ketiga atau perkhidmatan dalam talian (juga dikenali sebagai pengiklanan mengikut kelakuan atau pengiklanan berasaskan minat).

Pihak ketiga yang mempunyai kandungan terbenam dalam laman web ELS (seperti butang, widget, serta ciri dan kandungan terbenam lain) mungkin menetapkan kuki dalam pelayar pengguna dan/atau mendapatkan maklumat mengenai fakta bahawa anda melayari laman web kami melalui alamat IP tertentu. Kami tidak membenarkan pihak ketiga untuk mengumpulkan sebarang maklumat peribadi lain daripada laman web ELS melainkan anda memberikannya terus kepada mereka.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda?

   a) Maklumat Peribadi

Jika anda memilih untuk memberikan maklumat peribadi kepada kami, kami mungkin menggunakan maklumat anda dalam pelbagai cara, termasuklah yang berikut:

  • Untuk memproses pesanan atau untuk memberi maklum balas kepada pertanyaan.
  • Untuk menguruskan cabutan bertuah atau peraduan.
  • Untuk meningkatkan pengalaman dalam talian anda. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakannya untuk mengenal pasti anda dan mengalu-alukan anda ke laman web kami.
  • Untuk tujuan pemasaran dan promosi. Sebagai contoh, kami menghantar e-mel kepada pelanggan kami mengenai produk atau acara yang kami fikir mereka akan berminat. Kami juga mungkin menghantar tawaran untuk diskaun atau perkhidmatan percuma kepada anda.
  • Kami mungkin menghantar tawaran e-mel kepada anda. Kami hanya melakukannya jika kami telah menyatakan anda mahu menerima tawaran e-mel tersebut. Setiap kali kami menghantar tawaran e-mel, kami memberikan anda peluang untuk menolak daripada menerima tawaran e-mel pada masa hadapan.

ELS menghormati privasi anda. Kami tidak akan menghubungi anda melainkan anda telah menyatakan telefon sebagai kaedah hubungan pilihan anda. Selain itu, nombor telefon anda tidak akan dijual atau diberikan kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak berkaitan.

   b) Maklumat Kad Kredit

Nombor kad kredit tidak disimpan dalam pangkalan data kami. Kami menggunakan enkripsi untuk menghantar maklumat anda ke pemproses pembayaran untuk mengesahkan kad kredit dan meletakkan pengesahan untuk jumlah pesanan. Jika pengesahan, pengesahan alamat dan penilaian risiko adalah jelas, pesanan diterima dan ID unik berkaitan dengan pesanan untuk tujuan pengebilan pengesahan sebelumnya. ID ini tidak mengandungi pautan yang boleh dikenal pasti ke nombor kad kredit.

   c) Maklumat Bukan Peribadi

Kami menggunakan maklumat bukan peribadi yang kami kumpul untuk analisis bagaimana laman web kami digunakan, dan untuk meningkatkan kandungan dalam laman web kami.

Bagaimana Kami Berkongsi Maklumat Anda?

   a) Pihak Gabungan

Melainkan dinyatakan secara spesifik dalam Dasar ini, kami tidak kongsikan maklumat peribadi anda dengan mana-mana pihak ketiga bukan gabungan tanpa kebenaran anda, dan analisis statistik kami kepada pihak ketiga, termasuklah pengiklan dan rakan kongsi perniagaan lain. Maklumat agregat ini tidak mengandungi maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin kongsikan maklumat peribadi anda dengan entiti tertentu yang mengawal kami, dikawal oleh kami, atau di bawah kawalan sepunya dengan kami ("Pihak Gabungan" kami), dan laman web yang dikendalikan oleh Pihak Gabungan kami, supaya mereka dan kami boleh menawarkan anda produk dan perkhidmatan yang mungkin anda minat. Kami memerlukan supaya Pihak Gabungan kami bersetuju untuk memproses maklumat ini dan mengikut Dasar ini dan sebarang langkah-langkah penyelitan dan keselamatan lain yang wajar.

   b) Pembekal Perkhidmatan dan Pihak Ketiga

Kami mungkin bekerjasama dengan agensi pemasaran atau laman web lain, untuk menjalankan cabutan bertuah atau acara lain. Dalam kes ini, setiap pihak ketiga yang menyertai mungkin mengumpul atau menerima maklumat peribadi daripada anda jika anda memberikan maklumat secara langsung kepada mereka. Oleh itu, anda perlu merujuk dasar privasi mereka untuk memahami bagaimana mereka mengendalikan maklumat anda dan apakah jenis pilihan yang anda ada.

ELS mungkin juga kongsikan maklumat peribadi anda dengan syarikat luar yang menjalankan perkhidmatan untuk ELS. Sebagai contoh, kami mungkin mengekalkan sebuah syarikat luar untuk menguruskan pangkalan data yang mengandungi maklumat pelanggan tertentu atau untuk membina dan mengedar tawaran e-mel. Apabila kami bekerja dengan pihak luar, kami memerlukan pihak ini untuk bersetuju untuk memproses maklumat peribadi anda berdasarkan arahan kami dan mengikut Dasar ini. Kami mengambil langkah-langkah sewajarnya yang direka untuk memastikan maklumat anda akan digunakan hanya untuk menyediakan perkhidmatan yang diminta oleh anda, dan bukan untuk tujuan lain.

   c) Pendedahan Lain

Selain itu, ELS mungkin berkongsi maklumat peribadi anda apabila diperlukan untuk mematuhi undang-undang atau untuk melindungi kepentingan atau hak milik kami. Ini mungkin melibatkan perkongsian maklumat peribadi anda berkenaan sepina, perintah mahkamah, atau proses perundangan, atau untuk menyiasat atau mengambil tindakan berkenaan aktiviti tidak sah, penipuan yang disyaki, pelanggaran Terma Penggunaan, atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Adakah Maklumat Saya Selamat?

ELS komited untuk melakukan yang terbaik untuk mengekalkan keselamatan maklumat yang dikumpulkan dalam laman web kami. Untuk cuba menghalang akses yang tidak dibenarkan, mengekalkan ketepatan data, dan memastikan penggunaan maklumat dengan betul, kami telah melaksanakan prosedur fizikal, elektronik, dan pengurusan untuk melindungi dan menjamin maklumat yang kami kumpul.

Terdapat beberapa risiko dalam memindah maklumat elektronik. Di mana kami anggap wajar, kami menggunakan langkah-langkah keselamatan yang konsisten standard industri. Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin keselamatan pangkalan data kami, dan kami juga tidak menjamin bahawa maklumat yang anda bekalkan tidak dipintas semasa dihantar kepada kami melalui internet.

Akses dan Pembetulan

Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa di rita.pauls@berlitz.de untuk meminta mana-mana yang berikut: 1) melihat apakah maklumat peribadi yang kami ada mengenai anda, jika ada, 2) mengubah atau membetulkan sebarang maklumat peribadi yang kami ada mengenai anda, 3) meminta kami memadam sebarang maklumat peribadi yang kami ada mengenai anda, 4) menyatakan sebarang kebimbangan yang anda ada mengenai penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami. Ia tidak secara teknologinya boleh mengubah atau memadam setiap dan semua bahagian maklumat yang kami simpan mengenai anda daripada sistem kami, dan data mungkin kekal dalam bentuk tidak boleh dipadamkan atau agregat. Kami mungkin mengekalkan data untuk satu tempoh dalam sistem sandaran atau sementara kami. Kami juga mungkin mengekalkan beberapa maklumat untuk tempoh yang lebih panjang seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, kontrak, atau keperluan pengauditan.

Bagaimana Mengenai Privasi Kanak-Kanak?

Ia adalah dasar kami pada masa ini untuk tidak mengumpulkan maklumat peribadi daripada mereka yang berumur di bawah umur 13 tahun. Jika ibubapa atau penjaga menyedari bahawa anak mereka telah memberikan kami maklumat peribadi tapa kebenaran mereka, dia perlu menghubungi kami di rita.pauls@berlitz.de. Jika kami menyedari bahawa kanak-kanak di bawah umur 13 tahun telah memberikan kami maklumat peribadi mereka, kami akan berusaha untuk memadam maklumat ini daripada fail-fail kami secepat mungkin.

Jika anda berumur di bawah umur 18 tahun dan tinggal di California, anda mempunyai hak untuk meminta pembuangan kandungan yang diberikan oleh anda dalam laman web anda. Selepas menerima permintaan pembuangan penuh, kami akan usaha yang berpatutan untuk membuang kandungan yang diberikan oleh anda dalam laman web kami. Sebarang permintaan ini tidak memastikan pembuangan lengkap atau komprehensif bagi kandungan yang diberikan anda. Sebagai contoh, kandungan yang dipaparkan anda mungkin terus kelihatan dalam laman web ELS jika ia telah dipaparkan semula oleh orang lain atau telah secara bebas dipaparkan oleh pihak ketiga, dipaparkan oleh anda secara tanpa nama, atau jika anda dibayar kerana menyediakan kandungan. Selain itu, ELS akan membuang kandungan yang anda paparkan daripada laman web kami, ia mungkin terus disimpan dalam pelayan kami (walaupun ia mungkin tidak boleh dilihat kepada pengguna lain dalam laman web kami). Anda mesti melengkapkan permintaan pembuangan dengan lengkap dan penuh untuk permintaan ini diproses.

Bagaimana Menyediakan Permintaan Pembuangan Bawah Umur California

Jika anda adalah pengguna di bawah umur 18 tahun dan menetap di California, dan anda ingin kandungan yang diterbitkan anda dibuang sepenuhnya daripada laman web ELS, sila sediakan maklumat yang berikut kepada Ejen ELS yang disenaraikan di bawah dalam notis bertulis:

(1.) Pengesahan bahawa anda adalah penduduk negeri California yang sah pada masa ini;

(2.) Pengesahan bahawa anda adalah di bawah umur 18 tahun dengan memberikan tarikh lahir anda;

(3.) Terangkan kandungan tepat yang anda mahu dibuang (sila berikan URL jika boleh);

(4.) Berikan nama penuh anda; dan

(5.) Berikan alamat e-mel anda.

Ejen khas ELS untuk Permintaan Pembuangan Bawah Umur California boleh dihubungi seperti berikut:

Pembekal Perkhidmatan: ELS Educational Services, Inc.
Nama Ejen Permintaan: Rita Pauls
Melalui surat: 7 Roszel Road, Princeton, NJ 08540
Melalui faks: (609) 524-9870
E-mel: rita.pauls@berlitz.de (sila tambah “Permintaan Pembuangan Bawah Umur California” ke bahagian subjek)

Perubahan

Disebabkan sifat Internet yang berubah-ubah, ELS mempunyai hak untuk mengubah Dasar ini pada bila-bila masa. Dasar ini dikemas kini 5 September 2016

Maklumat Diterima daripada Kesatuan Eropah atau Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland

Untuk maklumat peribadi diterima daripada Kesatuan Eropah atau Kawasan Ekonomi Eropah, atau Switzerland, ELS, sebagai sebuah subsidiari Berlitz Languages, Inc. (“Berlitz”), komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda mengikut Dasar ini dan Perlindungan Privasi EU-A.S (atau Perlindungan Privasi Switzerland-A.S., mengikut mana yang berkenaan) sebagaimana diuruskan oleh Jabatan Kewangan A.S. Jika terdapat sebarang konflik di antara terma Dasar ini dan Prinsip Perlindungan Privasi, Prinsip Perlindungan Privasi perlulah diikut. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangka kerja Perlindungan Privasi Switzerland-A.S., dan untuk melihat sijil Berlitz, sila layari https://www.privacyshield.gov/list.

Akauntabiliti bagi maklumat peribadi yang ia terima di bawah Perlindungan Privasi dan kemudian memindahkannya kepada pihak ketiga dijelaskan dalam Prinsip Perlindungan Privasi. Secara khusus, ELS kekal bertanggungjawab jika pihak ketiga yang terlibat dengan ELS memproses maklumat peribadi dalam cara yang tidak konsisten dengan Prinsip ini, melainkan ELS membuktikan bahawa ia tidak bertanggungjawab terhadap kejadian yang menyebabkan kerosakan tersebut.

Jika anda merupakan bekas pekerja atau pekerja ELS yang tinggal di Kesatuan Eropah atau Kawasan Ekonomi Eropah, atau Switzerland, ELS mungkin mengumpulkan beberapa maklumat peribadi dalam konteks bagi pengambilan kerja anda dengan ELS, subsidiari, francais, atau ejen ELS, seperti maklumat hubungan, sejarah pekerjaan dan akademik, maklumat kewangan, umur, jantina, kewarganegaraan, tarikh dan tempat lahir, status perkahwinan, kemahiran Bahasa, ID pekerja dan kerajaan, dan maklumat cukai (“Data Sumber Manusia”). Data Sumber Manusia dipindahkan dan diproses untuk tujuan pentadbiran dan komunikasi, serta untuk mematuhi keperluan undang-undang buruh.

Sebagaimana dijelaskan secara lanjut dalam bahagian "Bagaimana Anda boleh Menghubungi Kami?" di bawah, kami menggalakkan anda untuk menghubungi kami sekiranya anda mempunyai aduan berkaitan Perlindungan Privasi (atau berkaitan privasi umum).

Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Kami?

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen mengenai dasar ini, sila gunakan boring Hubungan. Aduan akan diselesaikan secara dalaman mengikut prosedur aduan ELS. Jika anda tinggal di Kesatuan Eropah, Kawasan Ekonomi Eropah, atau Switzerland serta usaha untuk menyelesaikan perkara ini secara dalaman adalah tidak memuaskan, aduan boleh dihantar ke Persatuan Timbang Tara Amerika (http://www.adr.org), yang telah dipilih sebagai mekanisme bantuan bebas untuk menyelesaikan aduan dan pertikaian berkaitan dengan pengendalian data yang berasal dari Kesatuan Eropah, Kawasan Ekonomi Eropah, atau Switzerland di bawah Dasar ini. ELS tertakluk kepada kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan bagi Suruhanjaya Dagangan Bebas A.S. (FTC).

Jika anda merupakan bekas pekerja atau pekerja ELS di Kesatuan Eropah, Kawasan Ekonomi Eropah, atau Switzerland, ELS juga telah memilih untuk bekerjasama dengan dan mematuhi nasihat pihak berkuasa perlindungan EU (DPA) berkaitan aduan yang tidak diselesaikan (sebagaimana dijelaskan secara lanjut dalam Prinsip Perlindungan Privasi). Sila hubungi kami untuk dirujuk kepada maklumat hubungan DPA yang relevan. Sebagaimana dijelaskan secara lanjut dalam Prinsip Perlindungan Privasi, pilihan timbang tara juga akan disediakan kepada anda untuk menangani aduan sisa yang tidak diselesaikan dalam apa jua cara.

Penduduk California

Penduduk Negeri California mempunyai hak untuk meminta senarai pihak ketiga yang mana kami mendedahkan maklumat tertentu dalam tahun sebelumnya untuk tujuan pemasaran terus pihak ketiga.

Walau bagaimanapun, ia adalah dasar kami untuk sama ada tidak mendedahkan maklumat, atau tidak menjual maklumat ini kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran terus.

Persetujuan Anda

Dengan menggunakan laman web kami, persetujuan anda kepada maklumat yang kami kumpulkan daripada anda mengikut Dasar Privasi ini. Ini termasuklah pelepasan maklumat dalam ELS dan kepada yang lain seperti yang diterangkan di atas.