Jenis Institusi Pendidikan Tinggi dan Universiti di Perancis

Institusi pendidikan tinggi di Perancis

Kualiti sistem pendidikan Perancis diiktiraf di seluruh dunia. Pelbagai institusinya menawarkan peluang yang terbaik untuk mengajar dan menyelidik dalam setiap subjek dan di setiap peringkat. Selepas Amerika Syarikat dan England, Perancis ialah negara yang menarik bilangan pelajar antarabangsa terbesar di dunia. Pelajar antarabangsa meliputi lebih 15 peratus pelajar di universiti di Perancis dan lebih 25 peratus di Grandes Écoles'.Perancis yang berprestij itu.

Terdapat tiga kategori utama institusi pendidikan tinggi di Perancis, dan di sini terletaknya institusi pasangan Eropah yang pertama ELS, SKEMA ; universiti awam, Grandes Écoles (yang termasuk sekolah perniagaan dan pengurusan Perancis yang berprestij itu) serta sekolah seni dan senibina.

Universiti Awam

83 buah universiti Perancis menawarkan program ijazah akademik, teknikal dan profesional dalam semua bidang, justeru menyiapkan anda untuk kerjaya dalam penyelidikan dan amalan profesional dalam apa sahaja bidang yang dapat difikirkan. Universiti awam ini tersebar agak meluas di seluruh negara, dari Sorbonne di Paris (ditubuhkan pada 1257) sehinggalah kampus canggih Nice-Sophia-Antipolis.

80 peratus daripada 2.2 juta pelajar dalam sistem pendidikan tinggi Perancis menghadiri universiti awam negara itu. Universiti di Perancis ialah institusi awam dan dibiayai oleh kerajaan. Sistem ini membolehkan universiti menawari anda pendidikan yang terbaik pada harga yang mampu dibayar. Selaras dengan prinsip "Egalité," yuran tuisyen yang sama dikenakan kepada pelajar tempatan dan antarabangsa, iaitu dari €177 untuk program Lesen sehingga €372 untuk program kedoktoran (tahun akademik 2011-12).

Jenis universiti di Eropah menawarkan program dalam semua disiplin dan menganugerahkan ijazah di setiap peringkat, dari Lesen (tiga tahun), hingga Sarjana (lima tahun) dan Kedoktoran (lapan tahun).

Selain ijazah akademik tradisional, sistem universiti awam menawarkan ijazah dalam bidang kejuruteraan, perniagaan, kewartawanan dan komunikasi juga. Program dalam bidang perubatan, farmasi dan pergigian disediakan secara eksklusif oleh universiti awam ini juga, yang beroperasi dengan kerjasama erat bersama hospital latihan utama, yang dikenali sebagai CHU (centres hospitaliers universitaires).

Grande Ecoles

Institusi pendidikan Eropah berprestij dan hanya terdapat di Perancis ini boleh jadi institusi awam atau swasta, dan saiznya yang agak kecil memberi anda peluang untuk berinteraksi dengan fakulti.

Terdapat lebih kurang 250 buah Grandes Écoles di Perancis, yang menawarkan ijazah dalam bidang perniagaan, kejuruteraan, sains politik dan bidang pengkhususan lain. Beberapa Grandes Écoles ialah ahli Conférence des Grandes Ecoles (CGE).

Secara keseluruhan, CGE terdiri daripada 216 buah sekolah, dibahagikan seperti yang berikut:

  • 143 Sekolah Kejuruteraan
  • 39 Sekolah Pengurusan
  • 20 Sekolah lain (ENS, Veterinar, dsb.)
  • 14 buah sekolah berada di luar Perancis (kebanyakannya di Belgium, Maghribi, Sepanyol dan Switzerland)

Ijazah asas yang ditawarkan di Grandes Écoles adalah setanding dengan ijazah Sarjana dan biasanya mengambil masa lima tahun untuk selesai. Ini mungkin Sarjana Sains (MSc), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), atau Mastère Spécialisé (Ms – yang menghendaki satu tahun tambahan pengajian selepas ijazah Grandes Écoles).

Haluan tradisional melalui Grandes Écoles, menghendaki pelajar menduduki peperiksaan kemasukan kompetitif selepas dua tahun mengikuti kelas persediaan di préparatoires aux Grandes Écoles (CPGE), sebaik sahaja selesai sekolah menengah. Selepas anda diterima masuk, anda akan mengikuti tiga tahun pengajian yang lebih terkhusus lagi. Walau bagaimanapun, banyak sekolah pada masa ini menawarkan prosedur kemasukan alternatif, yang membolehkan anda, sebagai pelajar antarabangsa, memohon pada tahap-tahap yang berbeza dalam kerjaya akademik anda. Misalnya, institusi pasangan ELS, SKEMA, Grande Écoles Perancis yang terbesar dan mengkhususkan dalam pengurusan, menawari pelajar antarabangsa yang berjaya menamatkan ijazah sarjana muda selama empat tahun di luar negara mengikuti Sarjana Sains untuk satu tahun. Ini setara dengan tahun kelima dan akhir dalam sistem Grande Écoles.

Bergantung pada sama ada institusi tersebut awam atau swasta, yuran tuisyen tahunan Grande Écoles' berkisar daripada €500 hingga €10,000.

Sekolah Perniagaan dan Pengurusan

Sekolah Perniagaan dan Pengurusan mungkin jenis Grandes Écoles yang paling popular.
Terdapat 71 buah Sekolah Perniagaan dan Pengurusan yang diluluskan oleh Kerajaan Perancis, yang mana 39 buah ialah ahli Conférence des Grandes Ecoles.

Banyak sekolah perniagaan dan pengurusan Perancis ditubuhkan dengan kerjasama Dewan Perniagaan tempatan dan hasilnya, sekolah-sekolah ini sering menawarkan kursus dan kaedah pembelajaran yang memenuhi keperluan dunia sebenar ekonomi global dan persekitaran perniagaan hari ini. Kebanyakan program memasukkan latihan kerja dan sedikit pengajian di luar negara, memberi pelajar pengalaman amali yang dapat meningkatkan prospek pekerjaan mereka.

Pada tahun 2011, The Financial Times meletakkan enam buah sekolah Perancis dalam kalangan 10 program Sarjana Pengurusan teratas, sementara pada tahun 2010, The Economist meletakkan enam program MBA Perancis antara yang 100 teratas di dunia.
Kedua-dua perkara ini adalah bukti ketinggian status yang dimiliki Sekolah Perniagaan dan Pengurusan Perancis.